‘Baby Bump’ Lisa Surihani Buat Peminat Teruja

Berita kehamilan Lisa Surihani baru-baru ini memang menggembirakan kesemua peminat pelakon jelita ini. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang satu Malaysia teruja dengan berita ini. Walaupun tidak diketahui sudah berapa lama usia kandungan Lisa, satu gambar yang dikongsikan oleh Sharifah Amani telah menunjukkan yang ‘baby bump’ isteri kepada Yusry ini sudah mula kelihatan.
lisa surihani
Gambar ‘baby bump’ ini telah membuatkan para peminat melahirkan keterujaan mereka. Ramai yang mengucapkan tahniah, melahirkan rasa gembira dan berseronok dengan perkembangan ini. Malah ramai yang tak sabar mahu melihat kandungan itu membesar. Abang Nara percaya Lisa dan Yusry adalah orang yang paling teruja. Mesti tiap-tiap hari cakap dengan baby dalam perut.
lisa surihani
Semoga segalanya berjalan lancar buat Lisa Surihani. Trimester pertama adalah yang paling kritikal. Kena banyakkan berehat. Jangan buat kerja berat. Kalau boleh duduk di rumah je. Sama-samalah kita doakan agar semuanya selamat sehingga hari kelahiran kelak. Amin. Beautifulnara.com

0 Response to "‘Baby Bump’ Lisa Surihani Buat Peminat Teruja"

Post a Comment