Lisa Surihani Kongsi Rahsia Terbesar Dalam Hidupnya

Lisa Surihani
Salah seorang artis feveret Abang Nara tak lain tak bukan ialah Lisa Surihani. Sejak dari zaman Lisa single, kahwin dan akan mempunyai anak, Abang Nara memang minat sangat-sangat kat dia. Orangnya baik, comel, cantik dan kelakar. Dulu Abang Nara pernah gak try ngorat Lisa, tapi kena reject on the spot. Walaupun sedih, sokongan Abang Nara kepada Lisa tidak pernah menurun. Hehehe.
lisa
takper kita bagi can kat Yusry
Jadi apabila mendapat jemputan untuk bertemu Lisa Surihani sempena tayangan perdana filem Cicakman 3, memang Abang Nara teruja dibuatnya. Tambah teruja apabila Abang Nara dapat menemuramah Lisa secara ‘one by one’. Fuh!!! Pucuk dicita ulam mendatang.
Tiba masanya, Abang Nara duduk berhadapan dengan Lisa Surihani dan dengan pantasnya bertanyakan beberapa soalan. Walaupun hati ini berdebar-debar, Abang Nara terus bertanya dengan penuh kesempoian. Bila Abang Nara dah sempoi, Lisa lagi lah sempoi. Kami berdua dah macam berborak dah.
lisa surihani
Kelakar-kelakar jawapan yang diberikan oleh Lisa Surihani. Antara soalan Abang Nara ialah tentang kehamilan, tentang watak dalam Cicakman dan juga tentang ketakutannya terhadap cicak. Abang Nara tergelak sakan bila dengar cerita Lisa Surihani tentang tragedinya dengan cicak. Lawak gila.
Tak puas kan tengok video teaser ini? Hehehe. Abang Nara tahu korang nak tahu cerita sepenuhnya. Abang Nara sampai ke hari ini teringat lagi gaya Lisa Surihani bila menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Jangan risau!!! Anda boleh menonton video penuh Lisa Surihani ketika bercerita tentang ketakutannya terhadap cicak dengan melayari laman web ESCAPE.
lisa surihani
Silalah klik di sini dan tonton video penuh Lisa Surihani bercerita tentang rahsianya yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan ramai. Selamat menonton!!! Sumber

0 Response to "Lisa Surihani Kongsi Rahsia Terbesar Dalam Hidupnya"

Post a Comment