Beberapa hari lepas, Hafiz Suip telah tampil dengan imej baru dimana beliau telah mewarnakan rambutnya kerana merasa bosan dengan gaya lama. Walaubagaimanapun, tindakan Hafiz telah mengundang pelbagai kritikan dan tomahan ramai pihak.
Menyedari akan perkara tersebut, Hafiz tidak mahu memberikan komen lanjut dan bertindak untuk berdiam diri kerana masyarakat lambat laun akan berhenti bercakap mengenainya.
Saya menerima banyak tomahan tapi saya tidak ambil peduli sangat apa yang kata orang kerana apa yang terletak pada hati masing-masing. Apa yang penting nawaitu kita. Saya tidak melenting bila dikritik. Saya hanya berdiam saja kerana saya tahu lambat laun orang akan berhenti bercakap dan perkara ini akan reda sendiri.Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri. Janji saya tidak tinggal solat dan soal itu biar antara saya dengan Tuhan.
Percubaan awal Hafiz untuk mewarnakan rambutnya tidak berjalan dengan lancar dan terpaksa untuk diwarnakan buat kali kedua agar tampak lebih elok.
Sewaktu saya balik ke Kuching tempoh hari, saya pergi ke salon untuk warnakan rambut tetapi hasilnya rambut saya jadi warna merah bukannya seperti warna yang saya mahu. Bila balik ke Kuala Lumpur, saya ke sebuah salon di Subang. Penggaya rambut di sana beritahu yang warna rambut yang saya inginkan susah nak dapat sebab rambut saya jenis rambut orang asia.Cuma ada satu cara saja iaitu rambut saya dibilas dan kemudian barulah diwarnakan semula dan akhirnya dapatlah warna ‘ash silver grey’.
Biasalah masyarakat akan berkata jika seseorang itu melakukan sesuatu, antara kita layan atau tidak sahaja percakapan mereka itu. Lagipun, bukan Hafiz sorang yang mewarnakan rambut ramai lagi artis yang kadang-kadang setiap bulan tukar warna rambut.
Baca artikel selanjutnya di sini... http://beautifulnara.com/hafiz-suip-dikritik-warnakan-rambut/
0 Response to "Hafiz Suip Dikritik Warnakan Rambut"
Post a Comment