Comel! Gambar Kandungan Dato Siti Nuhaliza Semakin Nampak

yes bayi
Comel Gambar Kandungan Dato Siti Nuhaliza Semakin Nampak|Sebuah laman portal melaporkan, gambar yang tersebar itu diambil baru-baru ini ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30).
Menurut sumber, berita kehamilan Siti disahkan oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya kini sudah memasuki enam minggu.
Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu.
Dalam konsert itu Hetty, berdoa agar Siti cepat hamil dan dikurniakan zuriat.
Sehari selepas itu, muncul satu video di atas pentas konsert itu apabila Hetty melarang Siti melompat dan terlalu agresif sambil menunjuk isyarat di perut penyanyi itu.
baby bom siti
Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.
Namun dalam satu sidang akhbar, Siti tidak menafikan dan mengesahkan mengenai kehamilannya itu. Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.malaysiandigest

0 Response to "Comel! Gambar Kandungan Dato Siti Nuhaliza Semakin Nampak"

Post a Comment