Emma Maembong Disangka Mengandung Kerana Beli Alat Uji Kehamilan

Niat pelakon Emma Maembong hanyalah untuk menolong kakaknya yang tidak larat membeli alat kehamilan, bagaimanapun perkara tersebut disalah anggap oleh pekerja farmasi berkenaan dan disangka mengandung.
“Belum sempat saya terangkan dia dah bawa jumpa doktor. Bila saya nak cakap, dia akan mencelah sampai saya tak dapat nak terangkan hal sebenar. Ada juga pelanggan lain yang dengar fasal hal ini”Menceritakan hal sebenar kepada portal Media Hiburan, Emma mengakui dia pergi membeli alat tersebut namun belum sempat diterangkan untuk siapa, pekerja farmasi tersebut telah membawa Emma untuk bertemu dengan doktor dan memberitahu kes ‘sepertinya’ itu banyak berlaku.
'SINARAN' DI PAWAGAM BERMULA 26 NOVEMBER 2015
“Sebenarnya kebetulan saya berlakon di hospital tersebut dan kakak saya Yaya minta saya belikan alat ujian kehamilan itu sebab dia tak larat. Bukanlah untuk saya tetapi untuk kakak saya”
“Bila diterangkan pada doktor dan doktor itu memahami. Bila ditanya pada pekerja farmasi tersebut, katanya dia teruja sebab Emma yang datang,” jelas Emma. Walau apa pun Emma bersyukur kerana kini kakaknya Yaya telah disahkan hamil anak sulung. Tahniah kepada Yaya Maembong kerana telah disahkan hamil anak sulung. Rotikaya

0 Response to "Emma Maembong Disangka Mengandung Kerana Beli Alat Uji Kehamilan"

Post a Comment