Kuala Lumpur – Stesen televisyen KCBD memuatnaik video liputan awal ketika bekalan tenaga terputus secara tiba-tiba setelah menara kawalannya dilanggar sebuah pesawat ringan.
Dalam video berdurasi 32 saat yang dimuatnaik di laman Facebook KCBD NewsChannel 11, wartawan yang membuat liputan ketika itu masih belum dapat mengenal pasti apakah yang menyebabkan stesen tv mereka bergelap.
Badan Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) melaporkan pesawat Piper PA-46 terhempas di sebuah menara televisyen setinggi 248 meter ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Preston Smith dalam penerbangan dari Carlsbad, New Mexico.
Insiden itu mengakibatkan stesen TV KCBD terputus siaran dan ia turut melibatkan kehilangan bekalan elektrik di kawasan sekitar.
Stesen TV itu turut berkongsi gambar di studio ketika kejadian berkenaan.
Tiada pekerja stesen tv itu dilaporkan cedera namun juruterbang pesawat berkenaan yang dikenali sebagai Dr. Kenneth Mike Rice, terbunuh.
Baca dan lihat foto selanjutnya di SINI
0 Response to "Gempar! Lagi Pesawat Piper Terhempas Langgar Menara Kawalan"
Post a Comment