Selamba Tayang Kemaluan Dalan Stesen LRT



RICHMOND - VIRGINIA. Seorang wanita berusia 33 tahun bertindak pantas merakamkan aksi seorang lelaki yang dikatakan menunjukkan kemaluannya di dalam sebuah keretapi.

Memetik laporan Mirror.co.uk, mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, dia menyedari perilaku aneh suspek, Nuku Cudjoe Vanonyi Calvocoressi, 40, sebelum mengambil telefon bimbit dan merakamkan aksi curiga itu.

Menurut mangsa, dia bertindak sedemikian kerana bimbang diserang oleh Calvocoressi.

“Saya panik melihat gelagatnya. Saya tak tahu apa yang akan dilakukan oleh dia dan saya tak mahu dia ikut saya balik ke rumah.

“Saya hantar mesej kepada suami untuk menceritakan apa yang berlaku sebelum saya rakamkan aksinya,” katanya.

Sebuah klip video berdurasi 48 saat menunjukkan gelagat tidak senang Calvocoressi sebelum lelaki itu menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu.

Menurut laporan itu lagi, ketika kejadian, mangsa dan Calvocoressi berada di dalam keretapi yang bergerak dari Richmond menuju ke Wokingham dan mangsa dikatakan hanya duduk beberapa kaki dari lelaki itu.

Kejadian tersebut berlaku pada Jun lalu sekitar dan video itu tersebar meluas di internet baru-baru ini.

Lihat video rakaman lelaki tunjuk kemaluan di SINI

0 Response to "Selamba Tayang Kemaluan Dalan Stesen LRT"

Post a Comment