Foto Terkini Nazim Othman Selepas Menjalani Pembedahan Penyakit Ketumbuhan Otak ?

Sampai sekarang Nazim Othman masih berteka teki mengenai status kesihatannya. Semalam pelakon popular Astana Cinta Aleesa itu telah memuatnaik gambar ayat Al-Fatihah di dalam Instagram Beliau.

Antara bait-bait ayat yang menyedihkan daripada Nazim Othman :-

" Setiap kali tidur , ada kebarangkalian kita tak akan bangun kembali. Tapi Allah bangunkan kita, bagi kita nafas dan ruang supaya kita lebih dekat denganNya. Allah selalu ada. Kita yang alpa. Sama-samalah bersyukur selagi bernyawa. Alhamdulillah. "

Peminat Nazim Othman turut memberi kata-kata semangat kepada beliau supaya sentiasa tabah dan cekal hadapi ujian dalam kehidupan. Sama-sama kita doakan Nazim Sihat dan berharap masalah kesihatan yang dihadapi oleh Nazim kembali pulih.

Kami doakan Nazim Othman sentiasa tabah - Blogaleuto.



0 Response to "Foto Terkini Nazim Othman Selepas Menjalani Pembedahan Penyakit Ketumbuhan Otak ?"

Post a Comment