KUALA LUMPUR: “Dosa kita yang lepas menghantui kita sekarang. Maksud saya bukanlah dosa maknanya kenakalan kita yang lepas menjadikan kita sekarang....
“Perkara itu dah berlalu tapi apabila ada lagi benda-benda begini, orang akan menuding jari pada saya sedangkan ramai lagi pelawak di negara kita...
“Ramai lagi yang nakal tapi apabila ada kes membabitkan pelawak, orang akan kata Taukelah orangnya,” ujar Tauke mengulas isu berkenaan pelawak kasanova yang hangat diperkatakan sekarang...
Tauke berkata, sudah menjadi lumrah tuduhan begini mudah dilemparkan oleh masyarakat bukan saja dalam perkara berkaitan bidang hiburan tetapi di mana-mana juga....
“Contohnya dalam rumah kita sendiri. Dulu seorang adik kita dituduh mencuri. Bila hilang saja duit, dia pasti akan dituduh padahal orang lain yang buat....
“Walaupun orang luar datang mencuri tapi inilah persepsi. Kalau bolehlah saya minta masyarakat jangan cepat buat andaian tanpa membaca sesuatu berita sampai habis....
“Dapatkan cerita sebenar dan jangan tuduh Tauke yang salah, kena baca dan fahami betul-betul. Memang bukan saya yang buat,” katanya ketika ditemui ketika tayangan filem lakonannya Hantu Bungkus Ikat Tepi di GSC Nu Sentral malam tadi...
Menurutnya lagi, tuduhan itu sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasinya kerana namanya sudah tercemar...
“Apabila berlaku spekulasi begini, kita nak marah siapa? Sebabnya yang mencetuskan spekulasi itu ialah orang ramai yang memberi komen.....
“Takkanlah saya nak saman peminat semua? Mereka ada hak nak menaip. Mereka ada upaya untuk buat kerja begitu...
“Bagaimanapun satu perkara yang saya nak tegur ialah pemikiran dan yang kedua jauhilah fitnah,” katanya yang turut mengendalikan satu segmen di stesen radio....
sumber
Home » Hiburan
» PANAS !!! Isu SMS " NAK JILAT " ,Tauke Berikan KOMEN Setelah Dituduh Sebagai Pelawak Yang Cuba Goda Gadis !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dulu dia pernah buat kes mcm ni ker??
ReplyDeletemcm2 kes dia ni !!
Deletehttp://www.ohbulan.com/hanya-kerana-girlfriend-cantik-tahap-model-dituduh-pula-guna-cara-kotor-ingat-tauke-jambu-tak-layak-ke/
http://www.ohbulan.com/gambar-di-kelab-malam-tersebar-tauke-jambu-dituduh-kaki-perempuan/
http://pingbusuk.org/v/962396/tauke-jambu-dituduh-guna-ilmu-hitam.html