RAZAKAN DITEMUI DALAM KEADAAN MEMELUK MAJIKANNYA JAMALUDDIN JARJIS


Setia hingga ke akhir hayat Salute untuk Arwah Koperal Razakan Seran

TUARAN - Isteri Koperal Razakan Seran menyifatkan suaminya sebagai seorang pengawal peribadi yang bertanggungjawab kerana sehingga ke akhir hayatnya anggota polis itu cuba melindungi majikan beliau, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Ketika mayat ditemui, petugas forensik memberitahu arwah dalam keadaan berpelukan dengan arwah majikannya. Jenazah Razakan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Damit dekat sini pukul 12 tengah malam kelmarin.


Sementara itu...

"Ngagad kam meh, muleh pan aku." Itu mesej WhatsApp terakhir Koperal Razakan Seran, 31, sebelum pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis itu terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih.

Pesanan bermaksud 'tunggu kamu sana, saya balik juga ni nanti' dihantar oleh Allahyarham kepada ahli keluarga serta rakan sekampungnya menerusi kumpulan WhatsApp 'Warga Saradan'.

Ia merujuk mengenai kepulangannya ke kampung halamannya iaitu Kampung Saradan dekat Tenghilan di sini, pada Aidilfitri nanti jika dapat bercuti.

Malah, arwah juga menghantar gambarnya memakai kemeja biru dipercayai dalam helikopter dan menyatakan dia sedang menunggu Allahyarham Jamaluddin.

Jasad kedua-dua ditemui dalam keadaan menyentuh hati yang mana jasad Koperal Razakan erat memeluk majikan Tan Seri JJ, sehingga akhir hayat nya Koperal Razakan bertugas untuk Majikan nya. Al-fatihah 

Baca selanjutnya http://scriptersnews.blogspot.com/2015/04/razakan-ditemui-dalam-keadaan-memeluk.html

0 Response to "RAZAKAN DITEMUI DALAM KEADAAN MEMELUK MAJIKANNYA JAMALUDDIN JARJIS "

Post a Comment